Make your own free website on Tripod.com
 

Tentang Kami

Logo

Kemudahan

Lokasi

Alamat & Perhubungan

 

 

Kolej Ketengah ditubuhkan pada tahun 2002, sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi di Wilayah KETENGAH khususnya dan Terengganu amnya, selaras dengan matlamat Perancangan Strategik Sepuluh Tahun (2001-2010) KETENGAH bagi mewujudkan satu kawasan tempat tinggal dan perusahaan yang terbaik dengan melahirkan masyarakatnya yang progresif, berkemahiran, berpendidikan, berteknologi dan berdaya saing.

Kolej Ketengah terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu di kawasan seluas 9.9 hektar sejauh 105 km dari Kuala Terengganu. Sejajar dengan objektif, misi dan visi Kolej Ketengah serta perancangan KETENGAH ke arah mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi, Kolej Ketengah adalah komited dengan hasratnya bagi menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dan pendidikan berkualiti dalam persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif dengan segala kemudahan infrastruktur yang lengkap. Disamping itu, kewujudan Kolej Ketengah juga turut membantu usaha kerajaan melebarkan peluang pendidikan kepada seluruh rakyat (bring the education to the door step) melalui proses pendemokrasian pendidikan dan juga dalam usaha mengurangkan jurang digital (digital divide) antara masyarakat bandar dan desa

 

Menu Utama
Latar Belakang

Bantuan Kewangan

Aplikasi OnLine

 
 2004 Kolej Ketengah, Jalan Sultan Sulaiman, 23400 Al Muktafi Billah Shah, Dungun,
 Terengganu Darul Iman Tel : +609 8222861 Fax : +609 8222862
 Hakcipta Terpelihara Kolej Ketengah 2005
TERM & CONDITION | DISCLAIMER